Comments

Monday 7 October 2013

Bengkel Blog Untuk Berniaga - Online Business

Posted by at 11:46 Read our previous post



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selepas bercuti selama 4 hari sempena menyambut Hari Lahir, JC aka ZUMA kembali ke kedai online kesayangan. http://www.jumayiecantek.com

Dan sekembalinya zuma ke kedai online ini, zuma nak buka peluang kepada anda yang mahu belajar untuk membina kedai online seperti zuma ada sekarang. Anda mungkin sedang memikir cara terbaik untuk memasarkan produk jualan anda sekarang.

Mungkin anda sekarang sedang menjalankan perniagaan tudung, biskut, kek atau apa saja, dan sedang mencari cara untuk memasarkan produk anda secara ONLINE. Di sinilah tempat yang sesuai . Pakej belajar yang mampu untuk dibayar dan tenaga pengajarnya berpengalaman dalam dunia pemasaran online.

Bagaimana anda mula membinanya, menyediakan layout yang baik, design, dan pelbagai fungsi tambahan, semuanya akan anda belajar di bengkel blog anjuran NADYAZUMA DYNAMICS ONLINE TUTOR SERVICES aka NadyAzumA d-ots .

Jadual terdekat bengkel anjuran NadyAzumA d-ots bakal diadakan pada 28 September 2013, bertempat di Bangunan Wisma R&D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bengkel ini akan diadakan selama 2 jam 30 minit untuk 1 sesi.

Terbuka untuk 2 sesi. Sesi pagi & petang. Sekiranya anda selesa untuk menghadiri sesi pagi, boleh mandaftar untuk sesi pagi. Sekiranya anda prefer untuk sesi petang, boleh mendaftar untuk sesi petang. Input untuk sesi pagi & petang adalah SAMA .

Bagi 1 sesi, diperuntukkan 15 orang peserta. Jadi, rebutlah peluang untuk menjadi 30 peserta pertama . Sekiranya cukup 30 orang. Bilangan peserta tambahan, akan dijadualkan ke bengkel pada tarikh seterusnya. Atau pun, tambahan RM 5 untuk turut menyertai bengkel ini.

Bayaran RM 49 untuk peserta yang datang secara solo. Anda akan mendapat penjimatan berganda apabila datang berdua. Iaitu hanya RM 79 - untuk 2 orang.

Tempat yang selesa, lengkap dengan kemudahan seperti berikut :

+ Makmal komputer lengkap dengan sistem hardisk teknologi terkini
+ Kemudahan internet wired berkelajuan 100 Mbps
+ LCD projektor
+ Bilik makmal berhawa dingin
+ Surau
+ Tandas
+ Tempat parking kereta
+ Bersebelahan Putra LRT Stesyen Kerinchi

Jadi anda jangan tunggu lagi, mendaftarlah segera. Segera hubungi nombor berikut :

Jumayie Cantek - 013-398 8986 atau
Nad Cantek - 016-203 8045

No comments:

Post a Comment

© NadyAzumA Dynamic Online Tutor Services is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template