Posted by Unknown at 21:55
Read our previous post
19 oktober merupakan tarikh Bengkel Memantapkan Blog Perniagaan namun
disebabkan ramai peserta menarik diri saat-saat akhir maka Bengkel
digantikan dengan personal coaching untuk peserta yang telah membayar
yuran penyertaan.
Sessi coaching diadakan di Old Town White Coffee Village Bangsar South
bermula pada pukul 11.00 pagi. Tempat yang sangat-sangat selesa dengan
kemudahan wifi berkelajuan tinggi.
Seronok berkongsi ilmu dengan peserta yang sangat celik ilmu dan
sentiasa bersedia menerima ilmu baru. Peserta diajar ilmu blogging yang
baru dan diharap dapat memantapkan lagi blog perniagaan masing-masing.
Perjalanan membina NadyAzuma bermula dengan beberapa peristiwa menarik.
Cuma kali ini Nad melakukan berseorangan kerana business partner
mempunyai komitmen lain yang menyebabkan dia tidak dapat bersama Nad.
Pengalaman Nad menuju ke Village Bangsar South menggunakan public
transport sangat menarik. Hampir satu jam berada di dalam bas untuk ke
Putrajaya Sentral gara-gara bas yang dinaiki meronda hampir satu
Putrajaya.
Sampai di Putrajaya Sentral dan tanpa menunggu lama Nad meneruskan
perjalanan menaiki ERL menuju KL Sentral. Dengan beg laptop besar yang
digalas, kakak sebelah menegur, belajar kat mana dik? Ohooo. Bila
dirisik rupanya Nad lagi kakak dari dia.
Sampai di KL Sentral melilau mata mencari Putra LRT. Owh, rupanya sudah
ditukar menjadi Rapid KL. Stesyen pilihan aialah Stesyen Universiti dan
tambang hanya serendah RM1.60. Sampai di stesyen Universiti dari dalam
train sudah nampak Old Town White Coffee. Alhamdulillah, perjalanan
dipermudahkan.
Menapak berjalan kaki menggalas beg laptop besar menaiki bukit sejauh
10minit berjalan kaki menguji keupayaan fizikal. Terasa sudah lama tidak
bersenam. Nampaknya kena mula melakukan senaman semula untuk lebih
'fit'. Hehe.
Kota Rom tidak dibina dalam satu hari, begitu juga NadyAzuma Digital
Online Tutor Service. InsyaAllah, ini permulaan yang baik buat syarikat
kami.
Kita jumpa lagi. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment